mardhiyah diary
D'Owner!


Assalamualaikum... Welcome To My Diary,My Love & My Life story's.

Entries About Linkies Tutobies

Status


still Single but NOT AVAILABLE
Tagboard!

Instagram

Let's follow my ig : Instagram
Rewind



Credits!

Template: Miza Nation
Basecode: Atiqah
Owner By: Your Name
Others:   


CInta Halal Itu Lebih Indah..



Apa itu cinta yang halal?

Cinta yang halal adalah cinta yang berpaksikan Islam dan Akidah.Bukan bertunjangkan akal dan nafsu semata.Apabila kita berpegang pada 2 elemen penting itu iaitu Islam dan akidah,insyaAllah cinta yang kita buru adalah cinta yang halal.Islam itu mudah,bukan menyusahkan.Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa
Allah tidak pernah membebani hambaNya dengan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya.Ini bermakna Allah juga tidak pernah memberatkan hati kita dengan perasaan yang berbelah bahagi terhadap insan yang kita sayang.Kalau kita suka akan seseorang,jangan beritahu si dia.Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.

Bagaimana nak menggapai cinta yang halal?

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.Dia telah campakkan ke dalam hati setiap insan perasaan ingin berkasih sayang.Maka sebagai hambaNya,gunakanlah nikmat yang dipinjamkan olehNya dengan sebaik mungkin.Bukannya susah nak menggapai cinta yang halal ini.Admin akan berikan 3 cara untuk menggapai cinta yang halal ini.

1.Pelihara hubungan dengan Pencipta kita
Andai hubungan kita dengan Yang Maha Kuasa dipelihara,insyaAllah DIA akan memperkenankan setiap keinginan kita.Pelihara disini bermaksud kita melaksanakan segala tuntutan wajib dan meninggalkan segala laranganNya.

2.Baiki perilaku diri kearah yang lebih baik.
Bak pepatah melayu 'ukur baju di badan sendiri'.Inilah sebenarnya yang ingin admin sampaikan.Kalau kita nak mengharapkan cinta halal yang lebih indah,kita pandang diri kita dahulu.Pandang dari atas sampai bawah.Adakah dengan peribadi dan tingkah laku kita saat ini membolehkan kita layak mencapai cinta yang halal?Anda sudah ada jawapannya.Tidak perlu untuk admin jawab.Tepuk dada tanya iman.

3.Sentiasa berdoa padaNya
Dalam mengharap dan berusaha,jangan lupa untuk panjatkan doa padaNya.Sentiasalah berhubung denganNya.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Aku rindu dia Ya Allah,apa yang harus aku lakukan?

Admin ada satu rahsia untuk anda semua sekiranya anda rindu pada si dia yang masih belum halal untuk anda.Rahsia ini admin selalu amalkan setiap masa.InsyaAllah.Mudah-mudahan ianya berguna untuk anda semua.Admin selalu amalkan surah ini kerana surah ini adalah ibu segala surah.

  • Letak tangan kanan pada dada sebelah kiri
  • Baca Al Fatihah sambil niat dan bayangkan muka si dia.InsyaAllah Allah akan sampaikan rindu kita pada si dia.

selamat mencuba !!!