mardhiyah diary
D'Owner!


Assalamualaikum... Welcome To My Diary,My Love & My Life story's.

Entries About Linkies Tutobies

Status


still Single but NOT AVAILABLE
Tagboard!

Instagram

Let's follow my ig : Instagram
Rewind



Credits!

Template: Miza Nation
Basecode: Atiqah
Owner By: Your Name
Others:   


Erti Sebenar Cinta..


hyep guys.... ary nie aq nk update psal Erti Sebenar Cinta... sume owg penah couple kn ? so , lets go bace this entry okeh... :) 

Erti cinta yang sebenar adalah apabila kita dapat meluahkan segala perasaan cinta dan sayang kita dengan perbuatan kita. Sebagai tanda cinta kita. Bukti yang menunjukkan bahawa kita amat mencintai.

Sanggup Berkorban Untuk Si Dia

Tanyakan kepada diri kita, sanggupkah anda berkorban apa saja untuk si dia. Insan yang kita sayang. Apabila dia sakit, kitalah yang berada disisinya. Sanggup berkorban masa untuk menjaga si dia. Bukannya berkorban serahkan tubuh badan. Tetapi kita berkorban untuk kebaikan bersama.

Sanggup Bertahan Walau Masalah Melanda

Apabila pasangan kita ada masalah, kitalah orang pertama yang berada disisinya. Kita yang akan berikan sokongan moral kepadanya. Malah kita juga akan cuba bantu sedaya upaya kita. Kita tidak akan lari dari pasangan kita, apabila dia ada masalah.

Sanggup Bersabar dengan Sikap Buruk

Setiap orang ada sikap dan perangai masing-masing. Ada yang baik dan ada yang buruk. Namum sanggupkah kita bersabar dengan sikap buruk pasangan kita. Walaupun kita tidak suka, dan mahu dia ubah sikap itu. Kita perlu sabar, agar si dia perlahan-lahan ubah sikapnya jika dia betul-betul sayang dan memahami kita.

Sanggup Bertolak Ansur

Kita buang sifat mementingkan diri sendiri demi untuk bertolak ansur dengan si dia. Bukan semua orang dapat melakukan ini, dek kerana ego yang tinggi. Namum demi rasa kasih dan sayang, kita sanggup bertolak ansur dalam hal-hal yang penting melibatkan pasangan kita.

Menghargai Pasangan

Jika kita betul-betul cintakan pasangan kita, kita akan menghargai setiap perkara, baik yang kecil atau yang besar, yang telah si dia lakukan untuk kita. Dan yang paling penting, kita balas cintanya dengan cinta kita yang tak tidak berbelah bagi. Jangan hanya kita cari si dia apabila kita rasa kesunyian, dan selepas itu kita abaikan ketika kita sedang bergembira bersama kawan-kawan.


Kita boleh lihat bukti cinta yang sebenar, macam mana orang dulu-dulu bercinta selepas kahwin, mereka berkahwin dengan orang tidak mereka kenal, tetapi perkahwinan mereka bahagia hingga ke anak cucu. Mengapa? sebabnya mereka telah jalinkan erti cinta yang sebenar, bukan sekadar  cinta dipinggiran bibir, semanis tebu atau sekadar perasaan yang teruja apabila meminati seseorang.
Nilaikan balik erti cinta kita, sedalam mana cinta kita kepada si dia.