mardhiyah diary
D'Owner!


Assalamualaikum... Welcome To My Diary,My Love & My Life story's.

Entries About Linkies Tutobies

Status


still Single but NOT AVAILABLE
Tagboard!

Instagram

Let's follow my ig : Instagram
Rewind



Credits!

Template: Miza Nation
Basecode: Atiqah
Owner By: Your Name
Others:   


jenis2 cinta..


terdapat beberapa jenis cinta termasuklah seperti di bawah... 

Cinta Buta

Cinta buta ini selalunya terjadi apabila seseorang jatuh cinta terhadap pasangannya tanpa mengira siapapun pasangannya itu. Namun cinta inilah yang selalu diharapkan oleh setiap insan kerana cinta buta ini kuasanya begitu kuat jika seseorang itu memahami erti kesetiaan tanpa adanya rasa jemu.

Cinta Monyet

Cinta ini kebiasaannya berlaku di kalangan remaja bawah umur yang baru memasuki alam percintaan. Cinta monyet ini adalah cinta yang sememangnya semua sedia maklum bahawa ianya tidak akan kekal sama sekali melainkan jika seseorang itu berfikiran matang dan memiliki kesetiaan yang hebat. Namun jarang cinta ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Cinta Mati

Cinta ini adalah cinta yang boleh dikatakan bahaya kerana seseorang itu mampu membuat apa sahaja untuk mempertahankan cintanya demi melaksanakannya sehingga sampai ke destinasi yang hendak dituju seperti sehingga akhir hayat, sehingga ke jinjang pelamin dan sebagainya. Ianya juga boleh dikatakan janji-janji ketika bercinta dan mampu membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi melaksanakan janji tersebut.

Cinta Olok-Olok (Fake Relate)

Cinta ini biasanya dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan setelah sekian lama membujang walaupun baru beberapa minggu atau beberapa hari atau beberapa bulan atau bertahun-tahun lamanya. Cinta jenis ini kadangkala dilakukan dengan tujuan untuk menyakiti hati bekas kekasih atau untuk menyelamatkan diri dari cinta yang tidak mampu untuk diterima. Namun begitu, kebiasaannya cinta ini akan menjadikan pasangan tersebut jatuh hati yang pada mulanya hanyalah gurauan semata-mata.

Cinta Palsu

Cinta ini adalah cinta yang paling dibenci dan tidak digemari oleh setiap insan yang pernah mengalaminya. Cinta palsu ini dilakukan dengan tujuan untuk mempermainkan hati seseorang atau hanya sekadar mahukan sesuatu dari individu tersebut dengan menjeratnya ke dalam cinta palsu yang tidak mampu untuk dikenalpasti ketika percintaan ini bermula. Walaupun begitu, pemberi cinta palsu ini tidak boleh merasai kebahagiaan dengan sewenang-wenangnya kerana jika tersilap mangsa, si pemberi cinta palsu itu akan menerima padah yang sangat tidak boleh dijangka.

Bercintalah secara sederhana jika ingin mengekalkan kebahagiaan diri...

  • Ini antara jenis-jenis cinta yang mampu saya kongsikan bersama anda walaupun terdapat banyak lagi jenis-jenis cinta tetapi apa yang paling penting ialah perlu bijak dalam memilih cinta supaya tidak mudah terjerat dalam suatu percintaan yang boleh mendatangkan kemudaratan ..